LIFE IS ABOUT ...
LAUGHING AND LIVING...
IN GOOD AND BAD TIMES...
GETTING THROUGH WHATEVER COMES OUR WAY...
AND LOOKING WITH A SMILE^^

Wednesday, 23 November 2011

CERPEN PERTAMAKU~~

Halo guys! This is my 1st short story.. Actually da lma buat yg ni, msa skola hri tu ada pertandingan cerpen, alang2 dah save dlam komputer, letak yg ni dlu lar.. Yang bru tgh dok buat(ada typing error skit dlam cerpen tu, so hrap2 fham lar yer~).. Silalah baca yer^^



PERSAHABATAN

          “Assalamualaikum Sara. Kau tolong beritahu Aril, kita jumpa dekat bawah Menara KL.”
            “Walaikummusalam. Kau nak buat apa jumpa tengah-tengah malam ni?”
            “Ada perkara penting aku nak beritahu kau orang. Tolong?”
            “Nanti aku beritahu Aril.”
Tertanya-tanya juga aku. Tiba-tiba sahaja Si Muiz ni ajak keluar. Daripada nada suaranya itu memang kedengaran seperti penting sangat. Entah apa pula kejutannya. Tanpa berlengah aku terus mencapai telefon bimbitku yang berada di sebelahku, lalu mendail nombor Aril.
            “Assalamualaikum.” Sapa Aril.
“Walaikummusalam. Aril , Muiz nak jumpa kita dekat bawah Menara KL. Dia cakap ada perkara penting yang dia nak beritahu.”
            “Si Muiz ni pun satu, aku baru nak tidur, dia nak jumpa malam-malam ni. Aku siap sekarang nanti aku tumpangkan kau.”
            “Cepat sikit Aril, aku rasa dia dah lama tunggu kita.”
Aku terus meletakkan telefon bimbit dan bergegas untuk bersiap. Beberapa minit kemudian kedengaran hon kereta Aril. Aku bergegas turun dan masuk ke dalam kereta.
            Semasa dalam perjalanan ke Menara KL, otak aku tidak berhenti berfikir apa yang akan dikatakan oleh Muiz. Sesekali aku monoleh pandangan kea rah Aril. Daripada mimic mukanya, dia juga nampak seperti risau. Selang beberapa minit aku sudah tiba di destinasi yang dituju.
            Aku dan Aril terus keluar dari kereta dan berjalan kea rah Muiz.
            “ Muiz, kita orang minta maaf sebab terlewat sikit.”
            “Tak mengapa.” Ujar Muiz.
            “Perkara apa yang kau nak beritahu Muiz?” Kata Aril dengan tidak sabar.
            “Mula-mula sekali aku nak ucapkan banyak-banyak teriam kasih dekat kau orang sebab sudi jadi kawan aku. Kita ni dah berkawan dari kecil sampailah sekarang. Aku sebenarnya rasa bersalah nak beritahu kau orang.” Kata Muiz dengan nada yang agak kesal.
            “Muiz,apa kata kau straight to the point. Aku nak balik rumah nak tidur.” Gurau Aril.
            “Aril, kau ni sabarlah sikit. Dia nak beritahulah tu.” Marahku.
            “Begini, ibu bapa aku suruh aku sambung belajar dekat London. Mereka cakap masa depan aku akan lebeh cerah di sana. Aku tidak berani menolak……
            “Muiz, sampai hati kau buat kita orang macam ni! Kau tahu tak yang kita kawan dari kecil. Aku dah anggap kau macam abang aku sendiri!”
            Belum sempat Muiz menghabiskan ayatnya, Aril memotong. Aku dah dpat mengagak mesti jadi begini. Mana tidaknya kita orang berkawan sejak tinggal di kampung sehingga di bandar. Tidak pernah berenggang.
            “Aril, kau dengar dulu apa yang Muiz nak cakap. Dia belum  habis lagi kau dah potong!” Marahku.
            “Dah la! Aku tak percaya aku ada kawan macam kau! Sara jom balik!”
Aku dan Muiz terkedu seketika. Pertama kali Aril jadi begini. Mungkin dia terlalu sayangkan Muiz sehingga tidak sanggup melepaskannya.
            “Muiz aku balik dulu, nanti mengamuk pula Si Aril tu. Esok kita jumpa di KLIA.”
Aku terus berjalan kea rah kereta Aril.”Aril kau memeng cari pasal dengan aku. Kecil hati Si Muiz kau  cakap begitu!”
            “Diamlah kau!” Marah Aril.
Sepanjang perjalanan balik dari Menara KL, aku dan Aril tidak bercakap langsung. Sampai sahaja di rumah, aku terus keluar dari kereta tanpa mengucapkan terima kasih.
            Aku melabuhkan punggung di atas katil. Aku berfikir sama ada aku perlu memberitahu Aril esok aku akan pergi ke KLIA. Naluriku kuat mengatakan tidak.
            Keesokan pagi aku bergegas siap dan terus menuju ke KLIA. Sampai sahaja di sana aku terus bejalan dengan laju menuju ke arah Muiz.
            “Muiz, kau jaga diri baik-baik apabila kau dekat London nanti.”
            “Kau jangan risaulah.aku dah besar, pandalah aku jaga diri. Aril tak datang?”
Serba salah aku nak menjawab soalan itu. Tapi aku tidak mahu dia tertanya-tanya, jadi aku memberitahu dia.
            “Aril tak dapat nak dtang. Katanya sibuk sangat.”
            “Sibuk atau marahkan aku lagi?”
Aku mendiamkan diri, tidak mahu Muiz berkecil hati.
            “Tak mengapalah Sara. Baiklah aku pergi dulu nanti terlepas flight pula.”
Tanpaku sedari air mataku menitis.”Perlukah aku menangis? Macam Muiz akan pergi buat selamanya.” Omelku seorang diri.

8 tahun kemudian……

            “Aril! Cepatlah pandu kereta. Nanti lambat!” Setelah 8 tahun berlalu, hari ini 31 Disember 2010, aku dan Aril dalam perjalanan pergi ke Menara KL. Semasa kali terakhir bertemu dengan Muiz di KLIA, dia sempat berpesan kepadaku….
            “Sara ingat tarikh ni 31 Disember 2010, kita berjumpa semula di bawah Menara KL!” Kata-kata itu tidak akan kulupakan. Pada  hari ini kami akan bertemu semula dengan Muiz.
            “Sampai dah Cik Sara oi. Aku tak nampak pun batang hidung Si Muiz. Betul ke dia datang?”
            “Entahlah Aril. Lepas dia pergi 8 tahun dulu dia tak contact pun  dengan aku. Tapi dia dah janji.”
            “Kau ni kan Sara! Itu 8 tahun dulu! Entah-entah dia pun tak ingat!”
Terkejut juga tiba-tiba Aril menengking aku. Sejak Muiz pergi ke London, Aril langsung tidak mahu mengambil tahu tentang Muiz.
            “Aril, itu bukan Muiz ke? Dengan perempuan mana pula dia jalan tu?”
            “Betullah, itu Muiz. Kau tengok  dia lupakan kawan dia sendiri!”
            “Ish, kau niAril! Aku nak pergi jumpa dia. Aduh, sakitlah Aril!” Tiba-tiba Aril mrentap tanganku.
            “Jangan, nantilah kita jumpa dia. Kita balik dulu.” Aku tidak tahu apa masalh Aril. Aku nak jumpa dengan Muiz pun dia tak benarkan! Dia ingat aku isteri dia! Semasa dalam perjalanan pulang, aku dan Aril tidak bercakap langsung sehingga sampai di rumah aku.
            Kesokannya, Aril menelefon aku. Dia mengajak aku keluar lunch. Mungkin dia mahu menebus kesilapan yang dia bua semalam. Semasa dalam perjalanan pergi ke restoran, Aril meminta maaf kepadaku.aku sudah pun memaakan dia.
            “Sara, kita dah sampai. Eh, Sara itu bukan Muiz ke? Dengan geng mana puladia lepak? Eh, Sara! Kau nak ke mana?!” Belum sempat Aril membuat apa-apa, aku terus keluar dai kereta menuju kea rah Muiz.
            “Hoi, Muiz! Sanggup kau tipu aku! Kau cakap kau sibuk, padahal kau boleh sahaja lepak dengan kawan-kawan kau yang lain! Kenapa dengan kita orang kau selalu nak mengelak!”
            “Minta maaf, aku kenal kau ke? Fesyen sebijik macam orng kampung, ada hati nak cakap aku ni kawan kau!” Ayat yang Muiz cakap tadi amat pedih.dia dah malukan aku depan kawan-kawannya.
            “Dduusshh!” Stau tumbukan tepat mengenai muka Muiz.
            “Aril, apa yang kau buat!”
            “Sara, kau masih nak sebelahkan dia! Dia dah malukan kau! Hoi, Muiz! Kau jangan ingat bila kau dapat belajar dekat luar negara kau boleh berlagak sangat! Sedarlah diri sikit! Kau pun asal orang kampung!”
            Aril terus mnarik tanganku dan membawaku masuk ke dalam kereta.
            “Sara, lepas ni kalau kau terserempak dengan Muiz jangan tugur dia!”

1 bulan kemudian…..

            Hari ini cuti, ingat mahu ajak Aril keluar, tapi dia cakap dia sibuk. Aku mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Aku melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak di ruang televisyen. Lantas, tanganku mencapai alat kawalan jauh dan mengalih siaran berita.
            “Berita menggemparkan, sebuah kereta Myvi terbabit dalam kemalangan yang mengerikan di Jalan Masjid India. Seorang pemandu dan 2 orang penumpang daripada 4 penumpang cedera parah, manakala lagi 2 orang penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 3 orang mangsa yang cedera parah kini dirawat di hospital……”
            Aku seperti kenal kereta tersebut. Sah, itu memang kereta Muiz! Aku terus mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Aril.
            “Aril, kau tengok berita tak!?”
            “Kenapa dengan kau ni! Tak tengok pun. Kenapa?”
            “Muiz! Muiz kemalangan! Aku nak pergi hospital nak tengok dia! Kau nak ikut tak?”
            “Malas. Memang patut dia dapat kemalangan! Baru dia tahu langit tinngi ke rendah!”
            “Aril, Muiz dah sakit teruk! Kalau kau tak mahu pergi, biar aku pergi sendiri naik teksi!” Aku terus bergegas siap. Sampai sahaja di hospital, aku terus mencari bilik Muiz. Apabila aku sampai di bilik Muiz, air mataku menitis. Aku tidak dapat menahan perasaan. Sayu hatiku apabila melihat Muiz terbujur kaku di atas katil.
            “Ya Allah Ya Tuahanku, dugaan apakh yang kau berikan kepadaku.” Bisik hatiku.
            Setiap hari aku melawat Muiz di hospital. Dia pun sudah sedarkan diri.
            “Sara kenapa Aril tak datang melawat aku?”
            “Aku pun tak tahu kenapa dengan dia, aku dak ajak tapi dia tak mahu.” Aku rasa berslah yang teramat sangat kepada Muiz.
            “Sara, aku nak minta maaf dekat kau sebab selama ini aku tak mengaku kau kawan aku dan malukan kau depan kawan-kawan aku. Aku minta maaf banyak-banyak.” Kata Muiz dengan nada yang kesal.
            “Aku dah lama maafkan kau Muiz. Kau jangan risau.”
            “Sara kalau nanti bila aku dah tiada, aku harap kau dan Aril jangan tangisa atas pemergianku. Janji?”
            “Kenapa kau cakap begitu! Baiklah aku janji. Aku balik dululah Muiz. Jaga diri baik-baik.” Ketika aku melangkah keluar dari bilik Muiz, tanpa aku sedari air mataku menitis. Mungkin ada hikmah di sebalik kata-kata Muiz itu.
            Keesokannya, aku bersiap-siap untuk melawat Muiz. Ketika  aku sampai di bilik Muiz, dia kelihatan lemah sangat-sangat berbanding semalam.
            “Muiz , kau ok tak? Kau nak aku panggilkan doktor?”
            “Tak payah Sara, aku ok. Haaaa….. Haaaa…..!” Tiba-tiba Muiz sesak nafas! Aku panik melihat keadaan dia begitu.”Doktor! Doktor!”
            Aku diminta keluar dari bilik Muiz. Aku mengeluarkan telefon bimbit, lalu mendail nombor Aril.
            “Aril! Kau boleh datang hospital sekarang?! Muiz dah nazak! Tolonglah Aril!”
            “Baiklah aku datang sekarang!”
            Selepas beberapa minit, Aril tiba dan ketika itulah doctor memberitahu kami bahawa Muiz tidak dapat  diselamatkan.
            “Cik Sara, sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, dia memberikan saya sepucuk surat untuk diberikan kepada Cik. Saya harap Cik redha dengan pemergian arwah.”
            “Terima kasih doctor.” Aku dan Aril tertanya-tanya apakah isi kandungan surat tersebur. Dengan berdebar-debar aku membuka surat itu. Aku dan Aril tidak dapat menahan perasaan. Dalam kandungan surat itu, Muiz memberitahu bahawa dia ingin aku dan Aril berkahwin seterusnya hidup bahagia, barulah dia akan bahagia di sana. Aku dan Aril tidak bolah menolak kerana itu permintaan terakhir arwah.

5 tahun kemudian…..

            “Apa yang awak termenungkan tu?” Sapa Aril.
            “Tak ada apa-apa. Saya Cuma teringatkan arwak Muiz.”
            “Yang lepas biarkan ia berlalu. Jangan ingatka perkara lama.” Kata Aril dengan nada yang penuh lembut.
            Atas berkat doa ibu bapa kami serta arwah Muiz, kami hidup bahagia. Kami juga dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muiz.”Ya Allah, aku bersyukur atas nikmat yang kau berikan kepada keluargaku.” Bisik hatiku.